Dari Adam Untuk Hawa

Hawa,tercipta dirimu dari rusuk yang dekat dihatiku untuk ku lindung rapi.Engkau telah dicipta sebagai kaum yang lemah dan memerlukan bimbingan.Renungkanlah,betapa Rasulullah mengambil berat soal dirimu.Berapa banyak pesanan yang ditinggalkan khas buatmu.Baginda mendidik puteri-puteri baginda untuk engkau jadikan contoh.Hawa,cuba renung sejenak bagaimana keadaan dirimu sekarang.........


Hawa,mungkin dirimu tidak menyedari bahawa dirimu telah hanyut dibawa arus zaman yang kian menghitamkan noda hati.Dirimu diperalatkan zaman,untuk membuatkan arus globalisasi semakin rancak beraksi.Sedarkah,dirimu hanya menjadi alat dan akhirnya dirimu sendiri yang akan binasa.Hawa,sedarlah akan udara yang kian kurang diselami lautan dunia.Hawa,lihatlah betapa kabur matamu memandang persoalan yang berat.Teknologi,IT,membawa dirimu sebagai tebusan...



Lihatlah hawa,betapa dirimu diperalatkan.Bukan sahaja itu,dirimu dijadikan punca terjananya dosa-dosa bagi lelaki.Siapa yang harus dipersalahkan.Hawa,bukan lelaki yang harus dipersalahkan kerana menatap wajahmu,tetapi ianya salahmu Hawa.Dirimu menampilkan diri bukan pada tempatnya.Tidakkah dirimu sedar Hawa,kamu milik Adam.Seorang insan yang bergelar suami.Tetapi,lihat Hawa apa yang sekarang dirimu lakukan.....






Hawa,sessungguhnya dirimu kaum yang lemah.Teramat lemah.Terkadang,dirimu hanyut dalam mencari sokongan seorang lelaki.Sedarlah Hawa,dirimu akan terus kabur dan samar dalam mencari cinta.Benar,ia membahagiakan,Tetapi,ia juga mengsengsarakan.Sedarlah,dirimu milik Tuhan Hawa.Cintamu milik Allah.Sebelum ianya terbahagi kepada suami,ia hanya milik Allah.Janganlah engkau mencari cinta selain itu.Mencari pasangan hidup bukanlah tanggunjawabmu Hawa,itu tugas Adam...biarkan Adam yang mencari Hawa......






Sedarlah Hawa,masalah yang mendatang di dunia akhir zaman banyak berpunca darimu Hawa.Tidakkah dirimu tahu bahawa ahli neraka itu ramai yang terdiri dari kaum mu Hawa.Jika bukan dirimu yang merubahnya,siapa Hawa?siapa? 






Tidakkah dirimu bangga,kerna Allah sentiasa berbicara tentang wanita solehah.Ciri-ciri wanita solehah begitu terperinci dihurainya di dalam Al-Quran berbanding lelaki.Hawa,dirimu beruntung kerana mendapat kasih dan rahmat dari Allah.Ayuhlah Hawa,bangkitlah sebagai wanita solehah yang akan mengambil tempat sebagai ketua bidadari buat pencintamu.






Wanita solehah itu,cintanya hanya pada Allah.Hidupnya hanya kerana Allah.Dan matinya juga hanya kerana Allah........





Hawa,bingkisan ini tulus dari Adam buat Hawa.Andai Adam tidak mampu menjalani tanggunjawab yang diberi Allah,kendonglah harapan Adam ini untuk menemui Hawa disyurga nanti.......